We are apologize for the inconvenience but you need to download
more modern browser in order to be able to browse our page

Download Safari
Download Safari
Download Chrome
Download Chrome
Download Firefox
Download Firefox
Download IE 10+
Download IE 10+

1966

10 Jun 1966 : Lembaga Peranchang Keluarga Kebangsaan (LPKK) dilancarkan oleh Tun Abdul Razak.
1966 – 1990 : LPKK ditempatkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

1966

1966 – 1968  :  Ibu Pejabat LPKK di Bangunan MARA, Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

1967

Majlis menandatangani surat perjanjian  di antara Kerajaan Sweeden, Tuan Yang Terutama Ake Sjolin , Duta Sweeden di Malaysia dengan  YAB Tun Abdul Razak Bin Hussein berkaitan bantuan teknikal pelaksanaan program perancang keluarga.

1968

Minggu Peranchang Keluarga telah diadakan buat julung kalinya dirasmikan oleh Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri.

1968

Seminar Kebangsaan Peranchang Keluarga telah diadakan pada 8 – 10 Jun 1968 di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.  

1968

Program Latihan di Rumah Sakit Bersalin , Kuala Lumpur yang diberikan kepada 15 orang bidan kampung (kumpulan pertama) yang menyertai Kursus Peranchang Keluarga anjuran LPKK.

1969

Ibu Pejabat LPKK telah berpindah ke Bangunan  UMNO Selangor, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

1969

Para  peserta Kursus  Ulangan  Peranchang Keluarga , Pulau Pinang.

1971

Nama Lembaga Peranchang Keluarga  Kebangsaan dipinda kepada Lembaga  Perancang Keluarga Negara (LPKN)

1971

Pengintegrasian Perkhidmatan Perancang  Keluarga ke dalam Perkhidmatan Kesihatan Ibu dan Anak.

1973

Perluasan perkhidmatan perancang keluarga  melalui Projek Bidan Kampung kepada penduduk  di kawasan luar bandar.

1974

Kajian Kesuburan dan Keluarga Malaysia  (Pertama) dilancarkan dan menjadi asas kepada  Siri Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia yang diadakan setiap 10 tahun.

1978

Lawatan  rasmi Mr. Robert Mac Namara, Presiden Bank Dunia  ke Malaysia untuk melawat projek LPKN / Kementerian Kesihatan  di Kelantan.

1979

Dr. Norlaily, Pegawai Perubatan LPKN sedang memberikan latihan pendidikan perancang keluarga kepada para peserta.

1984

27 Mac – Akta Perancang Keluarga (Pindaan) 1984  diluluskan di Parlimen.

1986

Majlis menandatangani perjanjian jual beli bangunan Samudra di Jalan Raja Laut antara LPPKN  dan Syarikat Samudra (M) Sdn. Bhd. pada 18 Ogos 1986.  

1986

Bayi pertama dilahirkan melalui prosedur permanian berhadas (Intra Uterine Insemination – IUI).

1986

Majalah TIMANG pertama diterbitkan sebagai majalah yang bercorak pendidikan keibubapaan.

1987

Sambutan Ulang Tahun LPPKN  Ke-21.

1988

Bayi pertama dilahirkan melalui prosedur Gamette Intra Falopian Transfer (GIFT).

1989

Kajian Penduduk dan Keluarga Sabah dan Sarawak (Pertama) diadakan di Malaysia Timur.

1990

11 Nov  – Pelancaran Hari Keluarga Kebangsaan pertama dilancarkan oleh YAB Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad di Stadium Bola Sepak Pusat Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

1993

Modul Latihan pembangunan keluarga telah dibangunkan iaitu modul keibubapaan, Perlembangan Manusia, Kesihatan  Keluarga dan Kaunseling Keluarga

1994

Bayi pertama dilahirkan melalui hasil prosedur bayi tabung uji atau persenyawaan secara in-vitro. (In-Vitro Fertilisation – IVF)

1994

Malaysia mendapat pengiktirafan di atas kecemerlangan LPPKN menyediakan aktiviti  berkaitan kesihatan reproduktif wanita, lelaki dan remaja menerusi Persidangan Antarabangsa mengenai Kependudukan dan   Pembangunan (ICPD) di Kaherah,

1994

LPPKN sebagai penyelaras Sambutan Tahun Keluarga Antarabangsa (IYF) dan Hari Keluarga Kebangsaan.

1994

Kajian MPFS ke-3 dilaksanakan.

1997

Laman web LPPKN yang pertama telah dirasmikan oleh YB Tan Sri Datin Paduka Seri Hajah Zaleha Ismail sempena Sambutan Hari Penduduk Sedunia.

1999

Pelancaran Buku Profil Penduduk dan Profil Keluarga

2000

Pelancaran POPinfo Malaysia

2001

Pelancaran tapak Kompleks KASIH Keluarga (Pertama) di Shah Alam, Selangor oleh YAB Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

2001

Persidangan Keluarga Antarabangsa

2002

31 Julai – Pelancaran Kempen Utamakan Keluarga

2003

Majlis Pelancaran Pakej SMARTSTART  sempena Majlis Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan

2003

25 Mac – Pelancaran Buku HANDY POP Malaysia

2004

4 Mac  : Majlis  perasmian Klinik Nur  Sejahtera dan Pusat Informasi Nur & Keluarga sempena Pelancaran Program Nur Sejahtera.

2004

10 Jun  :  Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Ke-4.

2004

LPPKN menerima pengiktirafan MS ISO 9001 : 2000 dalam Khidmat Nasihat dan Bekalan Kontraseptif.

2004

11 – 13 Oktober  :  Dialog Keluarga  Asia Pasifik (APFD), Kuala Lumpur.

2005

Bayi pertama dilahirkan melalui hasil gabungan Intra Cytoplasmic Sperm Injection (ICSI)

2006

14 Mei – Pelancaran Klinik Bergerak LPPKN yang pertama.

2006

Bayi pertama dilahirkan melalui hasil gabungan Intra Cytoplasmic Sperm Injection (ICSI) dan Sperm Aspiration

2006

Majlis Pelancaran Persidangan Kependudukan Peringkat Nasional

2006

Penubuhan Pusat Remaja kafe@TEEN di Kuala Lumpur dan Butterworth, Pulau Pinang

2007

7 Jun – LPPKN menerima United Nations Population Award di New York.

2007

13 Mei : Pengiktirafan  LPPKN di dalam The Malaysian Books of Record bagi acara The Largest Participation in Breast Check-up Event  dengan penyertaan seramai 2,389 orang wanita  sempena Sambutan Hari Ibu 2007.

2008

Seminar Penduduk Muda Dan Perubahan Demografi sempena sambutan Hari Penduduk Sedunia

2009

20 – 21 April  :  Majlis Perasmian Resilient Family Discourse :  Research and Evidence – Based Interventions di Pulau Pinang.

2009

Majlis  Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara LPPKN dan Agensi Dadah Kebangsaan di Putrajaya.

2009

29 APRIL – Majlis Pelancaran Program Golden Third Age (G3A) :  Anggun dan Sihat oleh YB. Dato’ Seri Dr. Ng Yen Yen, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Sunway Resort Hotel & Spa, Selangor.

2009

16 – 17 Sept  :  Penyertaan LPPKN di Asia Pacific High Level Forum on ICPD at 15 :  Accelerating Progress Towards the ICPD and the Millenium Development Goals di Bangkok, Thailand.

2010

30 Mac  – Forum Konsultatif Dasar Keluarga Negara “Keluarga Roh Negara” di Dewan Besar LPPKN, Kuala Lumpur .

2010

20 April – Pelancaran Program Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial LPPKN.

2010

Majlis menandatangani Perjanjian Persefahaman antara LPPKN dan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu bagi pelaksanaan Program SMARTSTART : 2nd Honeymoon

2010

4th East Asia Ministerial Forum on Family di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.

2010

Penyertaan LPPKN di UNPFA and ICOMP Regional Consultation on Family Planning in Asia and the Pacific di Bangkok, Thailand .

2011

2011

2011

17 Februari – Majlis Pelancaran Program Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial Remaja, PKRS@PLKN, Negeri Sembilan.

2011

15 Mei – Sidang Media Hari Keluarga Kebangsaan dan Pelancaran Kad Loyalti LPPKN, KPWKM

2011

11 Julai  – Persidangan Antarabangsa Kependudukan 2011 sempena Hari Penduduk Sedunia 2011.

2011

Pelancaran Anjung Interaksi, Rekreasi, Intervensi dan Sokongan Keluarga (AIRIS) Selayang.

2013

Pelancaran Program Vaksinasi HPV Peringkat Kebangsaan

2013

Pengiktirafan oleh Malaysian Books Of Records sebagai “Pemeriksaan Klinikal Payu Dara Bergerak Terbesar di Malaysia”

2013

Pelancaran Bulan Keluarga

2014

Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia ke-5.

2014

Majlis Graduasi dan Penyampaian Sijil Amalan Profesional Urutan Melayu MamaCare

2014

Persidangan Antarabangsa Kekeluargaan dari Perspektif Global, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor

2015

15 Mac – Pelancaran Program Jelajah Keluarga Bahagia dengan tema “Saya Sayang Keluarga Saya”.

2015

15 – 16 Mei Program Mass Wedding “Semarakkan Cinta SMARTSTART” menerusi pelayaran Star Cruise Libra.

2015

7 Nov – Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan 1Malaysia (BKK1M) di Kuching, Sarawak

2016

23 Feb – Majlis Pelancaran Laporan Penemuan Utama Kajian Penduduk Dan Keluarga Malaysia Ke Lima (KPKM-5) Di Hotel Shangri-la

2016

29 Mac – Majlis Graduasi Mamacare Ke-2, bertempat di Hotel Premiera, Kuala Lumpur.
73
posts
at home page